Permohonan Online Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 JKM Tahun 2021 | Berita baik kepada ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak dalam jagaan yang berusia 18 tahun dan kebawah. Anda kini boleh memohon bantuan kanak-kanak 2021 (BKK) sehingga RM1000 sebulan untuk satu keluarga.
BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)
KADAR
Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :
i. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun dan ke bawah;
ii. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
iii. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan
TUJUAN
1.Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
2.Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;
ATAU
4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
Cara Membuat Permohonan Online / Manual Untuk Bantuan Kanak-kanak JKM
LANGKAH 1 (ATAS TALIAN)
- Layari laman web rasmi JKM http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian.
- Sila baca dan fahamkan notis dan butiran yang perlu diisi.
- Anda perlu isi dua bahagian iaitu A dan B.
- Setelah anda mengisi kedua-dua bahagian tersebut dengan lengkap dan sahih, anda perlu klik butang ‘Keputusan’.
LANGKAH 2 (PEJABAT JKM)
Setelah berjaya langkah 1, anda perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut kawasan yang anda telah mohon secara online.
Anda perlu hadir sekurang-kurangnya 14 hari dari permohonan online dilakukan.
Anda juga perlu hadir bersama borang permohonan bantuan kanak-kanak yang anda muat turun melalui pautan di bawah :
Anda perlu datang bersama beberapa dokumen penting seperti :
- Salinan MyKad pemohon.
- Salinan MyKad/MyKid anak jagaan.
- Salinan penyata pendapatan atau surat akuan berpendapatan jika bekerja sendiri.
- Salah satu bil utiliti seperti bil air, elektrik atau astro.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.